Thursday, 15 November 2012

KEDAI KAMERA PRANGIN MALL PENIPU !!




BERHATI HATI DENGAN KEDAI KAMERA DI PRANGIN MALL

Kedai kamera tu terletak di tingkat bawah(betul2 pada mintu masuk bawah) yang berdekatan dengan stesen bas. Nama kedai saya x ingat. Dalam minggu lepas saya ada survey2 harga kamera. Kemudian bila tiba di kedai ni, salesman tu tawarkan harga yang rendah pada model kamera yang saya ingin beli. Memang x dapat harga tu kt tempat lain. Kurang hampir Rm 100.

Kemudiannya saya bersetuju utk beli di kedai ini dan drama pun bermula. Pada asalnya dia menjanjikan untuk beri percuma memory card 8 gigs dan kemudian kata perlu upgrade pada card yg lebih elok pada nilai Rm 50. Pada waktu ini, saya bersetuju. Kemudian salesman (bertatoo di lengan) mula ad-ons items dengan cuba menjual lens yang kononya nikon ada buat promosi Purchase with Purchase. Selepas satu, satu item dia cuba untuk jual pada saya dan saya masih tidak mahu beli .Akhirnya dia beritahu yang WAJIB membeli UV filter. Kosnya hampir RM 150.Saya yang kurang arif tentang dunia camera menelefon sepupu saya untuk mendapat kepastian apakah perlu membeli Uv filter itu. Hahaha..jawapannya sudah mesti bukan MANDATORY item untuk dibeli. Kemudianya saya beritahu yang saya ingin membeli cuma kamera dan memory card itu sahaja. Dengan nada angkuh si penjual itu beritahu " saya x maw jual sama u" saya tanya sebab apa..dia jawab " sbb UV filter itu penting!" begitu angkuh dan pasti dia ingat hanya dia yang menjual kamera itu itu di dalam dunia. Saya terus beredar daripada kedai itu.

Saya kemudian pergi ke kedai kamera di Penang Road. Dengan tawaran harga yg sama dalam pasaran saya mengambil keputusan untuk membeli di kedai tersebut. Di sini baru saya sedar. yang saya bernasib baik tidak beli di kedai Prangin Mall tadi sebab kamera di kedai tadi bersama barangan dalam kotak tidak dalam plastik dan di sealed. Saya dapat lihat barangan dan item yang saya beli di kedai penang road semuanya dalam plastik dan di sealed. Saya hampir tertipu dengan perbuatan tidak berhemah kedai Prangin mall. Rupanya dia cuba menjual pada saya barang second-hand.Saya pun x perasan pada masa tu. patutlah semua benda dah pasang siap macam strap camera.

Yang lebih ironi adalah Uv filter dengan jenama/model yang sama di kedai penang road cuma berharga rm 40 berbanding tadi rm 150! Memory card tadi yang berharga rm 50 juga diberi pada saya hanya secara percuma.

Berhati-hati pada kawan2 di luar sana. Ini adalah taktik dengan menawarkan harga yang murah kemudian memanipulasi customer dengan menjual barang second hand dan kemudian menjual item2 lain di mana akhirnya anda bukan jimat malah membeli dengan harga yang lebih mahal daripada kedai lain. Sekadar berkongsi pengalaman. SYUKUR pada tuhan kerana tidak tertipu dengan penjual yang tidak beretika. Kemudian saya ada juga search internet tentang kedai tu, dan rupa-rupanya memand ada complaint tentang penipuan dan perangai x beretika kedai kamera di Prangin Mall. Opsss..bukan semua kedai kamera kat situ..Kedai kamera ground floor, dekat pintu masuk, bersebelahan bus station. harap maklum!

Sunday, 13 May 2012

8 PIC AWESOME SUPERGIRL

Supergirl menurut komik DC COMICS SUPERMAN merupakan sepupu kepada watak Superman. Dicipta oleh penulisnya iaitu Otto Binder. Kemunculan pertama pada tahun 1959. Merupakan antara 100 watak superheroes yang paling diminati sepanjang zaman. Watak Supergirl telah dimatikan pada tahun 1985 namun telah dihidupkan kembali pada tahun 2004. Nama di planet Kripton bagi Supergirl adalah KARA ZOR-EL. Jika Superman dikenali sebagai Clark Kent di bumi, bagi Supergirl pula dia di kenali dengan nama Linda Lee Danvers.










Saturday, 12 May 2012

10 TOP MODEL PALING MAHAL 2012

10. Candice Swanepoel, USD $3 JUTA

9. Natalia Vodianova, USD $4 JUTA

8.Carolyn Murphy,USD $4.3 JUTA

7. Lara Stone,USD $4.5 JUTA
6. Daria Werbowy, USD $4.5 JUTA
5. Alessandra Ambrosio,USD $6 JUTA


4. Adriana Lima, USD $8 JUTA 
3. Kate Moss,USD $13.5 JUTA
2. Heidi Klum,USD $20 JUTA


1. Gisele Bundchen,USD $45 JUTA

GAMBAR HERO HARRY POTTER DARIPADA KECIL HINGGA DEWASA

Nama pelakon watak Harry Potter ini adalah DANIEL RADCLIFFE. Dilahirkan pada 23 Julai 1989. Pada tahun 2008 , Radcliffe pernah menderita penyakit saraf. Telah berlakon dalam 12 buah filem sehingga kini.













WAJAH ERRA FAZIRA KETIKA KECIL

Siapa tidak kenal wajah aktress yang cun melecun ini. Jom kita tengok wajahnya ketika masih kecil.Layanzzzzzzzzzzzzzzzz... >_<

^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^




Fazira binti Wan chek atau dikenali sebagai Erra Fazira merupakan Primadona Filem Melayu alaf baru. Dilahirkan pada 9.2.1974 di Rawang, Selangor. Mempunyai ketinggian 168 cm dan pernah bergelar ratu cantik Malaysia 1992. Merupakan aktress yang menjana pendapatan tertinggi dalam sejarah perfileman negara.

AARON AZIZ BUAT MUKA COMEL

Hahaha...abg long sudah beraksi cute gitu! Sekarang tak kira lu abang long ka,lu ayahanda ka..ini lawak memang Aaron pegang! >_<



Merupakan karektor-karektor yang dibawa Aaron Aziz dalam filem "NGORAT".

CARA LAGENDA TINJU DUNIA, MUHAMMAD ALI MENGELAK MELAKUKAN DOSA

Lagenda Juara Tinju Dunia, Muhammad Ali berkata:


"Saya tidak merokok tetapi saya sentiasa menyimpan sekotak mancis di dalam poket saya. Setiap kali hati saya terdetik untuk cenderung melakukan dosa, saya akan nyalakan sebatang mancis dan letakkan pada tapak tangan saya. Kemudian saya berkata kepada diri saya, "Ali! Jika kamu tidak mampu menahan kepanasan api mancis ini, bagaimana kamu mahu berdepan dengan api Neraka?"



EKSKLUSIF ! GAMBAR SITI NURHALIZA SEMASA KECIL

Jom kita layan tengok gambar2 wajah Diva terulung negara buat masa ini. Siti Nurhaliza selayaknya bergelar ikon kerana perwatakkannya yang lemah lembut serta bersopan santun. Mempunyai kredibiliti dan karisma yang mantap, siapa sangka gadis kampung ini merubah kehidupannya dan keluarga. Perlu belajar sesuatu darinya..pasti ada kualiti dan nilai baik boleh dicontohi oleh remaja yang punya impian!

Wajah Siti sewaktu gadis sunti..wah sucinya.. >_<

Aik...Pakwe lama kah ???

Kenapa baju seragam Siti warna pink?

Oloh tomey2

IC Siti (versi 90 an)

Friday, 11 May 2012

WOW! SENI ARCA YANG NAMPAK SANGAT REAL

Teringin rasanya mengunjungi pameran seperti ini. Semestinya apa yang dipamerkan mempunyai nilai seni yang amat tinggi. Gua tidak pasti berapa banyak masa yang diambil untuk menyiapkan karya-karya yang hebat ini. Apakah di negara kita Malaysia wujud kesenian arca seperti ini?