Friday 6 April 2012

Google Tips Dan Tricks

Beberapa tips dari goolge yang anda semua tidak tahu

1. Google adalah Kalkulator
Ya, sama ada anda percaya atau tidak, google adalah sebuah kalkulator dan ia lagi hebat daripada mana-mana kalkulator yang ada.

Cara menggunakannya:







Anda tidak perlu buat sesuatu yang istimewa untuk mengunakan google sebagai kalkulator. Hanya lawati google.com dan taip apa-apa nilai yang anda mahu. Contohnya:

2. Google adalah penukar nilai Matawang
Banyak rahsia yang google tidak dedahkan kepada pengguna. Tips ini lagi hebat dari sebuah kalkulator. Ia membolehkan anda menukar nilai matawang di seluruh dunia.

Cara Menggunakannya:





Anda hanya perlu ikut format matawang yang ada. Contohnya untuk ringgit Malaysia, formatnya adalah MYR.

3. Google adalah Peramal Cuaca
Anda sering melihat berita untuk mengetahui ramalan kaji cuaca tempat anda. Apa kata beralih kepada google.

Cara Menggunakannya:


Taip 'weather' diikuti dengan nama bandar anda.

4. Google adalah Kamus
Berapa masa yang anda buang untuk mencari sebarang makna melalui web? Mungkin anda pernah mendownload apa-apa perisian kamus sebelum ini bukan? Kenapa anda tidak menggunakan google? Google adalah kamus yang terbaik dan tepat.

Cara Menggunakannya:





Taip 'define:perkataan anda'

5. Google adalah Enjin Carian
Selepas anda mengetahui beberapa tips google ini, janganlah anda lupa asas kewujudan google yang sebenar iaitu sebagai satu enjin carian.

No comments:

Post a Comment